Monday 29 February 2016

WHITE WATER RAFTING ULU SLIM, SLIM RIVER,PERAK


Assalamualaikum semua!!!!!

kepada penggemar sukan lasak seperti White water rafting , sukan permotoran 4x4, motorcross anda boleh mencuba di Ulu Slim, Slim River,Perak
Bagi korang yang bosan duduk dirumah, tiada aktiviti dihujung minggu, yang nak lari dari kesibukan di bandar, anda boleh lah mencuba sukan ekstrem White Water Rafting di Ulu Slim Slim river,perak.



WHITE WATER RAFTING ULU SLIM ( GRED 3-4)
RM180.00 (Minimum 6 Pax)

Harga termasuk:
- Kenderaan 4x4
-Alatan Aktiviti rafting
-Guide yang berpengalaman
-Makan tengahari
-Snack





LOKASI


Lokasi bagi Kampung Ulu Slim dari Kuala Lumpur memakan masa dalam 1 jam 30 minit perjalanan.

Untuk memudahkan urusan perjalanan anda ke Kampung Ulu Slim, anda mesti keluar di Tol Slim River dan cari papan tanda yang menunjukkan arah ke Kampung Ulu Slim. Dari tol Slim River ke kampung Ulu Slim memakan masa 15 minit sahaja. Okay, tempat berkumpul bagi semua peserta ialah di Pusat Perkelahan dan rekreasi Kolam Air Panas Kampung Ulu Slim, yang bersebelahan dengan Kolam Air Panas Kampung Ulu Slim. Suhu air Kolam air panas ini ialah 104’c yang merupakan kolam air panas yang keempat terpanas di Malaysia..Ini dapat menarik perhatian para pelancong yang berkunjung di Kampung Ulu Slim Ini.




Okay, berbalik kepada aktiviti White water rafting, apabila semua peserta sudah sampai di Pusat Perkelahan & Rekreasi Kolam Air Panas Kg Ulu Slim, semua peserta akan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4x4)  untuk ke tempat “starting point” di Kampung Pos Tibang yang mengambil masa dalam 15 minit perjalanan. Sepanjang perjalanan semua peserta akan dapat menikmati keindahan pemandangan kampung ulu slim. 

Untuk maklumat semua, di kampung ulu slim ni ada juga terdapat masyarakat orang asli. Sepanjang perjalanan ke tempat “starting point” kita akan lihat beberapa buah perkampungan orang asli. Ini akan menyeronokkan lagi perjalanan semua peserta apabila melihat gelagat dan teletah masyarakat orang asli. Sepanjang perjalanan juga semua peserta akan lihat pemandangan Banjaran Titiwangsa disekeliling mereka dan jalan untuk ke tempat “starting point” yang agak adventure kerana jalan tersebut merupakan jalan tanah merah..ini akan memberikan pengalaman baru kepada semua peserta.

Apabila sampai di tempat “starting point” semua peserta akan diberikan “safety briefing” sebelum memulakan aktiviti white water rafting. Aktiviti ini akan mengambil masa dalam 2 hingga 3 jam dan 8 kilometer perjalanan ini akan memberi kepuasan kepada semua peserta apabila melakukan aktiviti ini.Sepanjang aktiviti white water rafting di ulu slim, peserta akan menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan dan pasti memberi ketenangan kepada semua peserta. Sepanjang aktiviti white water rafting peserta akan diketuai oleh 2 orang instructor. Para peserta akan berhenti di Jeram Kotak untuk rehat seketika. Beberapa minit kemudian aktiviti akan diteruskan dan menuju ke tempat “ending point” yang mengamnil masa dalam 1 jam setengah. Apabila tamat aktiviti white water rafting, semua peserta akan bergerak ke Pusat Perkelahan & Rekreasi Kolam Air Panas Kampung Ulu Slim dengan menaiki Kenderaan 4x4 untuk menikmati makanan tengahari yang bercirikan masakan-masakan kampung. Apabila selesai makan tengahari .aktiviti selesai.


Untuk tempahan anda semua boleh membuat deposit di:

Nama Akaun : Maybank (Nazirul Nazrin)
No Akaun      : 155108963708
                     
                        155108963708

untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp di +6019-5134193.

atau email di nazirul.nazrin@yahoo.com