Tuesday 8 March 2016

white water rafting ulu slim ( Jeram Kotak)

CHALET D' PULAU TIBANG CAMP & CHALET, ULU SLIM, SLIM RIVER,PERAK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Buat korang yang tercari-cari tempat  yang menarik di negeri Perak bolehlah singgah di chalet kami yang diberi nama D’ Pulau Tibang Camp & Chalet yang bertempat di kampong pos Tibang, Ulu Slim. Apa yang menambahkan lagi tarikan di sini ialah tempat ini merupakan chalet yang terletak di perkampungan orang asli. 

Selain itu, yang lagi menarik pada chalet ini ialah kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan sungai Slim. Reka bentuk setiap bilik di chalet ini merupakan rekaan betuk ala-ala rumah orang asli + moden. Keunikan rekaan bentuknya menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang datang ke chalet ini. 

Untuk ke chalet ini anda tidak perlu membawa kereta ke chalet ini kerana pihak kami akan menyediakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) ke chalet ini kerana permukaan jalan yang agak “adventure” kerana jalan tersebut merupakan jalan tanah merah. Anda hanya perlu meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta Pusat Perkelahan & Rekreasi Kolam Air Panas Kg Ulu Slim yang bersebelahan dengan Kolam Air Panas Kg Ulu Slim. 

Antara keunikan Kg Ulu Slim ini ialah mempunyai kolam air panas yang mempunyai suhu yang mencecah 104’c yang merupakan kolam air panas yang keempat yang terpanas di Malaysia. Ini akan memberikan pengalaman yang berbeza pada para pengunjung apabila berkunjung di kg ini. 

Bebalik pada tadi, apabila sudah meletakkan kenderaan anda di tempat tersebut,pihak kami akan membawa anda ke chalet kami dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4). Perjalanan dari Pusat perkelahan tersebut ke chalet mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Sepanjang perjalanan anda akan dapat melihat keindahan dan kecantikan banjaran titiwangsa dengan lebih dekat lagi. Sepanjang perjalanan anda akan dapat melihat beberapa buah perkampungan orang asli di kampung ini.

Ada beberapa jenis bilik yang terdapat di chalet ini, Antaranya:
  1. ·         Chalet  Cempaka
  2. ·         Chalet Mawar
  3. ·         Chalet Anggerik
  4. ·         Dorm